Daily Express 27/7/2008 (Sun)
KOTA KINABALU:
Sekumpulan penduduk menuduh Wah Mie Realty Sdn Bhd, pemaju perumahan Taman Indah Jaya di Sandakan, enggan bertindak demi kebaikan penduduk di kawasan perumahan tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Taman Indah Jaya (Fasa 9A,9B) dan Indah Court (Fasa 10) - (TIJAC), Halim Liwangsa berkata, kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleb Wah Mie jelas menunjukkan sikap tidak peduli terhadap masalah yang dihadapi penduduk di sana.
"Wah Mie mendakwa (melalui kenyataan terakhir mereka) bahawa kepentingan 'pembeli' dijaga melalui dokumen yang ditandatangani dengan pihak terbabit. Tetapi mereka katakan "tidak ada isu dan ini menujukkan keangkuhan di pihak mereka dan tidak adil bagi kami," katanya.
"Kami telah meneliti kandungan dokumen yang disediakan oleh penyelaras DAP Sandakan, Anthony Teo, dan Pengerusi pro-tem DAP Karamunting Simon Chok Kon Tack.
"Dokumen-dokumen ini boleh dilihat di laman blog DAP Sandakan dan bersama dengan pandangan dari penasihat undang-undang kami, Tijac bersetuju dengan pandangan dan penaksiran mereka," katanya lagi.
"Apa yang kami faham sekarang, perjanjian persetujuan jual-beli (S&P) tidak bernilai kerana kami tidak dapat mencari rumah kami di TL077552035 seperti yang dinyatakan dalam S&P," kata Halim.
Beliau berkata, sebaliknya pihak Wah Mie memberitahu mereka 'bahawa rumah-rumah mereka berada di PT97070642 dan oleh itu hal-hal yang dinyatakan dalam S&P menjadi pertikaian.
Ini bukannya rumit….ia telah menyebabkan 290 orang pembli dalam kesusahan.
"Kebanyakkan penduduk telahpun menetap disana selama lapan atau 10 tahun. Mengapakah tiada tindakan diambil oleh pihak-pemaju untuk memperbetulkan keadaan selama ini?" tanya beliau.
"Apabila kami mengadu kepada wakil rakyat kami jawapan yang kami terima adalah 'jangan susah, kerajaan sudah selesai'. Kami tidak mahu jaminan semata-mata, kami mahu tindakan diambil."
Halim berkata, Tijac menyokong penuh seruan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) untuk mengadakan dialog dengan pihak-pihak terlibat.
"Kami juga menyokong tindakan melaporkan perkara ini kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) oleh DAP Sandakan baru-baru ini," katanya.

No comments:
Post a Comment